Monday, December 27, 2010

zodiac i.x : astrology.. dan Islam..


pengajian ilmu astrology.. dan hukum
ilmu astrology, atau dlm bahasa Arab dikenali dgn istilah ‘Ilm an-Nujum atau ‘Ilm al-Falak, kerapkali menjadi topic pendebatan oleh tokoh2 ilmuan Islam.. pada awalnya, ‘Ilm an-Nujum telah dirujuk sbg ilmu y merangkumi pengajian asronomy dan astrology.. kemudian, para ilmuan telah bersepakat utk memecahkan ilmu ini kepada dua cabang, serta memberikan definisi y spesifik utk membezakan kedua-dua ilmu ini..
‘Ilm an-Nujum (science of the stars) atau ‘Ilmu al-Falak (science of the celestial orbs), merujuk kepada bidang astrology, manakala ‘ilm al-hay’ah (science of the figure of the heavens) pula merujuk kepada pengajian astronomy.. kedua-dua bidang ilmu ini telah berakar rumbi daripada tamdun Arabian, Persian, Babylonian, Hellenistic and Indian traditions..
menurut hukum y telah disepakati, pengajian ilmu astronomy (‘ilm al-hay’ah) adalah dibenarkan (malah ada y berpendapat ianya merupakan fardhu kifayah), kerana pengetahuan dalam ilmu ini dpt membantu kita smua utk penentuan hari (dan bulan), penentuan arah solat, dan navigation.. mereka juga bersetuju bahawa pengetahuan ilmu ni member faedah y besar terhadap ibadah umat Islam, spt cth; penentuan hukum permualaan bulan Ramadhan..
manakala pengajian ilmu astrology pula adalah dianggap haram (oleh kebanyakan mazhab), keraan difahami bahawa pengetahuan ttg masa depan, atau untung nasib seseorang manusia itu adalah salah satu drpd perkara2 ghaib y hanya diketahui oleh Yang Maha Mengetahui.. memetik kata2 Dr. Husam al-Din Ibn Musa `Afana, seorang professor dlm bidang feqah di Al-Quds University, Palestine, berkata;
“pertamanya, adalah penting bagi kita utk mengetahui bahawa orang2 Arab telah pun menguasai ilmu astronomy sejak dari dulu lagi.. mereka ‘meramal’ atau menentukan penetapan masa melalui pemerhatian mereka terhadap pergerakan2 bintang.. menurut para ilmuan Syar’ie, terdapat dua istilah y selalu disalah erti oleh kebanyakan drpd kita apabila membicarakan ttg hal2 ini, iaitu astronomy dan astrology.. astronomy adalah satu pengajian  dan sains y melibatkan pengajian, pemerhatian dan pengetahuan mengenai pergerakan objek2 di angkasa lepas (celestial bodies), lalu menggunakan pengetahuan tersebut utk mengira serta menentukan masa, musim, penentuan arah solat dan sebagainya (melalui pengiraan matematik).. berbeza dgn astrology, y mengkaji kedudukan serta aspek2 objek di langit, lalu mengaitkannya dgn satu kepercayaan bahawa objek2 di langit ini mempunyai pengaruh dalam perjalanan kehidupan manusia di bumi.. mereka mempercayai bhw pergerakan bintang mempunyai pengaruh dlm kehidupan seharian manusia.. dan sbg org Islam, malah para pengkaji astronomy dan ilmuan agama menolak ilmu ramalan dlm bidang pengajian astrology..”
pendapat di atas mungkin sejajar dgn pendapat Iman ibn Taimiah y menegaskan bhw mengkaji dan mempercayai bhw setiap objek di langit atau angkasa lepas (planet2, bintang2) mempunyai perkaitan dan mempengaruhi kehidupan adalah salah dan haram di sisi al-Qur’an dan as-Sunnah.. bahkan Muhammad ibn al-Uthaymeen, mengaitkan astrology dgn sihir dan ramalan (fortune-telling) ianya berdasarkan tahyul, dan bukan fakta atau kebenaran..
selain tentangan para fuqaha terhadap astrology, para ilmuan astronomy Islam juga menentang kepentingan ilmu astrology utk dijadikan panduan hidup Muslim.. antara y lantang menolak astrology adalah al-Farabi, ibn al-Haytam dan, Abu Raihan al-Biruni.. alasan penolakan mereka adalah berdasarkan;
-          perbahasan saitifik (kaedah y diguna pakai dlm astrology selalunya conjectural (hipotesis, spekulasi, imaginasi) berbanding empirical (menyeluruh dr segi eksperimentasi, kajian, pemerhatian dan praktikal).. spt contoh; ibn Qayyim al-Jawziyya mempersoalkan secara praktikal mengenai pendapat astrology bhw planet member kesan dan pengaruh y besar terhadap bintang2 y jauh lebih besar dr planet dr segi saiz dan jisim.. (cth:) planet Marikh y dikatakan sbg rulling planet bg Antares.. bahkan al-Jawziyya juga menegaskan bhw galaksi Bima Sakti merupakan satu gugusan y mengandungi banyak (tidak terhitung jumlahnya) planet dan bintang2, dan adalah mustahil utk mengetahui kesan dan pengaruhnya terhadap kehidupan manusia di bumi..
-          perbahasan agama (ditolak oleh kebanyakan ilmuan agama spt para fuqaha’ dan tauhid)

No comments:

Post a Comment