Friday, December 17, 2010

zodia iii.i : Scorpius; the mythological identity


utk entry hari ini, aku nak cerita sedikit ttg mitos y berkaitan dengan zodiac the Scorpius ini..  but before that, sedikit review ttg apa itu mitos..

mythology, merupakan salah satu bidang pengkajian cerita2 mitos, lagenda, dongengan, ataupun kisah rakyat.. dlm sidang ilmiah, kisah mitos tidak diambil sbg satu hujah y kukuh mengenai sesuatu (slalunya berkaitan dgn sejarah..).. walaubagaimanapun, mitos dianggap penting dlm mempelajari sesuatu ketamadunan, dari segi mengetahui atau meng-identify kecenderungan sesuatu masyarakat terhadap kebudayaan dan resam mereka..

kisah mitos seringkali dikaitkan dgn penceritaan drpd turun temurun (spt kisah rakyat, dongeng sbg..) ada juga y mengaitkan mitos dengan lagenda, dan biasanya kisah2 lagenda ini diambil drpd penemuan para akcheology atau sejarawan terhadap manuscript2 lama, batu bersurat, catatan2 atau peninggalan monumen purba.. oleh krn itu, mitos juga dianggap sbg 'sebahagian' drpd sejarah, namun ketulenan atau kesahihan mitos harus dipersoalkan krn tiada sumber y kukuh mengenai kewujudan cerita/mitos tersebut..

dan apa kaitan mythology ngan zodiac y aku nak bercerita sgt nih.. umum mengetahui, bhw setiap gugusan bintang (constellation of stars) ini ‘dilabelkan’ atau ‘dinamakan’ dgn nama2 berdasarkan watak2 y terdapat dlm ceritera masyarakat purba.. dan kebanyakannya mengambil nama watak dr kisah purba Greek.. dan the Scorpius ini juga tidak terkecuali apabila ianya dipercayai berhubung kait dgn kisah y berlaku dlm mitos Greek purba..

bukan niat aku utk mengkaji 'kebenaran' mitos ini, tetapi skadar utk mengetahui dan mendalami kecenderungan dan kepercayaan masyarakat purba Greek y dianggap mempunyai ketamudan dan kemajuan ilmu y hebat serta mendahului zamannya.. dan sepanjang pembacaan aku, dapat aku simpulkan bhw org2 purna Greek ni mmg cenderung terhadap 'kekuasaan' dan 'ketahyulan'.. mereka mempercayai watak2 dlm kisah mereka mempunyai 'supreme power', dan mereka memuja watak2 ini taraf dewa.. dan pada pendapat aku juga, kisah2 mitos mereka ini aku anggap mitos diorang ni sbg satu bentuk 'persembahan' dan 'jurnal'..

sbg satu bentuk 'persembahan' atau presentation, adalah drpd segi kesasteraan dan kebudayaan.. lihat aje dr gaya mereka mencipta seseorang persona; atau watak.. kemudian mereka kembangkan watak2 mereka menjadi satu cerita y 'hebat'.. mereka susun dan menghiasi penceritaan mereka sehinggakan setiap kisah itu bersangkut paut pulak watak2 nya.. nnt korang layan je la next entry aku dan korang akan faham knp aku cakap macam ni.. dan setiap perkaitan antara watak2 ni plak, lengkap dgn asal usul, latar blakang kuaga, kisah hidup, dan sbg-nya sblum mereka masuk ke cerita utama.. dan satu y korang kena faham, penceritaan mereka bukan la macam essey atau teks atau karangan, tetapi penceritaan mereka adalah dlm bentuk puisi atau syair.. dan menerusi budaya sastera inilah mereka menjadi terkenal dan dicemburui oleh tamdun y lain.. sehinggakan Rom membina Colloseum  y mungkin dibina utk mempamerkan kehebatan masyarakat mereka dlm sastera dan menandingi org2 Greek..

okeh..y kedua, aku berpendapat kisah2 ini sbg satu bentuk 'jurnal'.. kisah2 mitos y diceritakan dari turun temurun.. dr zaman tok nenek moyang ke anak cucu cicit.. walaupun cacat dr segi kesahihan cerita (sehingga terdapat pelbagai versi penceritaan..) tetapi apa y penting kisah2 mitos ini berjaya sampai ke pelusuk dunia.. sebut je ah Hercules, atau Zeus.. smua org pernah dgr nama nih sekurang2nya.. dan walaupun ketulenan atau kesahihan mitos mereka diragui, sekurang2nya, mereka berjaya menyampaikan sejarah negara mereka ke satu dunia.. dan sekurang2nya, satu dunia tahu bhw kerajaan Mesoptamia, atau Bhoteia, atau Hyrpia, atau Delos merupakan sebahagian drpd jajahan Greece..

gabungan 'persembahan' dan 'jurnal' mereka inilah y akhirnya menjadi satu bentuk 'penjenamaan' y paling terkenal di dunia.. bitau aku, brapa byak brand, atau jenama barangan korang (tak kisah la samada kereta ke, barangan elektrik ke apa ke..) y menggunakan nama2 dr mitos diorang nih.. kapal angkasa milik NASA, Apollo.. watak dlm cerita fiksyen, Medusa.. Orion, Titans, Cyclops dan sbgnya.. even vios y diambil dr perkataan Greek bermaksud 'kehidupan' pun da dijadikan sbg salah satu model kereta.. dan y berkaitan dgn entry kita ni.. ilmu astronomy.. habis smua bintang dan planet menggunakan nama2 dr kisah mitos nih.. hmm...

okey la.. panjang sgt bebel pun aku risau akan terkeluar tajuk je nnt.. orait, back on track.. to begin with; mitos ini berkaitan dengan kisah si Orion.. dan watak2 y terlibat dlm mitos ni xbyak, so aku decide utk sertakan sedikit ‘prolog’ atau casting-preview.. sedikit pengenalan dan latar blakang watak2 utama dlm mitos zodiac Scorpius nih..

oppss, lupa plak..!! sbg satu noticement, aku nak btau bhw penceritaan aku ni bdasarkan pembacaan aku dr pelbagai sumber.. dan setiap sumber y aku baca menampilkan kisah atau versi y berlainan.. biasalah..klu da nama ‘mitos’ atau ‘dongeng’ y tidak mempunyai sumber atau ‘periwayat’ y soheh dan telus.. ingin aku terangkan lagi sekali; pada pendapat aku, watak2 y ada tentunya wujud, kalau tak masakan nama2 mereka diabadikan dlm ilmu astronomy.. dan lagi pun, penemuan2 batu bersurat, catatan di dinding bangunan, patung atau apa2 monumen y dibina beratus2 tahun dahulu oleh para archeology mencadangkan bahawa watak2 ini berkemungkinan besar wujud.. cuma, penceritaan setiap watak y ditemui itu mungkin ditokok tambah bagi menyedapkan cerita.. ditambah pula dgn penceritaan ‘turun-temurun’; y disampaikan dr generasi ke generasi y lain.. itu y menjadikan watak2 ini begitu ‘supreme’ dlm ‘khayalan’ atau ‘dongengan’.. kembali kpd masalah ‘terlalu’ byak versi penceritaan tu plak, aku cuma pilih satu je versi shj y aku rasakan “okey la” utk bacaan semua..

No comments:

Post a Comment