Monday, December 13, 2010

zodiac i.iv : constellation of stars; an intro


okeh..pd entry “zodiac i.iii” aku da britahu korang smua bhw zodiac aku adalah Scorpius.. dan aku juga terangkan serba sdikit mengenai penentuan zodiac berdasarkan tarikh lahir (mathematically)..

so, pd entry kali ini, aku nak crita serba sdikit pengenalan ttg constellation of stars (gugusan bintang), sblum aku bebel lebih mengenai gugusan bintang aku, iaitu Scorpius dr sudut astronomy (bukan dr sudut astrology, okeh..)

dan oleh kerana aku ini (pertama) bukanlah ‘ahli’ dlm bidang sains angkasa, so aku cuma dapat terangkan berdasarkan persoalan2 y slalu bermain di fikiran aku mengenai apa itu zodiac.. dan persoalan2 ini, aku cuba dapatkan jawapannya melalui sedikit pembacaan dan rujukan buku, majalah dan internet.. hasil pembacaan, aku dapati ilmu ni luas yang amat.. banyak sgt y boleh dipelajari.. tetapi kemampuan otak aku hanya bleh terima stakat ni je.. dats why aku ckap “serba sedikit”, sbb mmg sedikit pun y aku tahu ttg sains angkasa ni..
selain tu, aku ni (kedua) nak sgt tahu, nak sgt belajar, nak sgt mendalami ilmu2 angkasa ni.. dan spt aku cakap, bhw aku bukan ‘ahli’ dlm bidang ni, aku mulanya tak tahu kat mana nak mula.. fikir punya fikir, aku baru teringat bhw selama ini aku hanya tahu bhw aku dilahirkan di bawah pengaruh zodiac Scorpius. namun aku tak pernah nak amik tahu mengenai buruj “Kala Jengking” ini, melainkan horoscope semata-mata.. so, aku jadikan zodiac “Scorpius” aku sbg “starting-point” aku mempelajari sdikit ttg ilmu angkasa nih..

a)    adakah corak pemetaan bintang/gugusan bintang di langit menyerupai bentuk/objek/figures y mereka namakan?

Jawapannya ialah, TIDAK.. sebenarnya nama2 seperti Libra, Capricorn, Aries dan sebagainya, termasuklah Scorpius diberikan berdasarkan nama2 y terdapat dalam kisah atau mitos Greek purba.. astrologist terdahulu, seperti Ptolemy (bahkan sblum Ptolemy jua) tlah memberi nama kpd bintang2 y berjaya dicerap, dan melakukan pemetaan bintang.. berdasarkan pemetaan tersebut, bintang2 itu dikumpulkan/dibahagikan kpd kluster atau gugusan (recognizable constellations).. dan berdasarkan corak2 gugusan bintang inilah, mereka memilih dan menamakan secara rawak sbg satu bentuk penghormatan kpd nama2 karekter atau kisah dlm mitos Greek (kononnya la tu..) sebanyak 88 gugusan bintang tlah dikenalpasti, dan kebanyakan daripadanya mengambil nama2 dr kisah purba (ancient origin), terutama gugusan y terdapat di hemisfera selatan..
kesimpulannya, taburan bintang dalam sesuatu gugusan bintang tidak langsung menyerupai apa2 objek/figures.. nama2 diberikan secara rawak, dan berdasarkan imaginatif astrologist2 terdahulu sbg panduan mereka mengenali gugusan2 bintang tersebut, y seterusnya memudahkan mereka membuat pemetaan bintang..

b)    macamana nak baca/tgok peta bintang..?
rajah summer star chart di bawah, merupakan antara contoh peta bintang (star chart).. jika ditakdirkan kita diberi peluang utk menatapnya, (nak beli mahal kot.. order online pun dlm USD 40.. huhu..) macamana nak digayakan..? sama ke macam kita baca peta topography..? atau peta Google map..? so, berdasarkan bacaan, (mana tau kot sampai peluang kat aku suatu ari nnt utk memiliki sebuah peta bintang..). cara2nya ialah: 
- menghadap ke arah selatan. 
- pegang peta/carta bintang tersebut di atas kepala (ala-ala junjung atas kpala gak la posisinya..) pastikan north horizon ngadap belakang anda, manakala south horizon ngadap bahagian depan anda..
biasanya, klu tgok peta jalan (xkisah la, topography ke, even peta kat kad jemputan kahwin ke..) kita tgok bawah.. tetapi, tgok peta bintang kita kena dongak ke atas..!!
apasal plak..? sbb, klu kita baca peta bintang dengan tgok ke bawah, apabila utara di atas dan selatan di bawah, anda akan mendapati timur langit tidak berada di sebelah kanan, dan barat langit tidak berada di sebelah kiri; seperti mana peta jalan.. however, jika kita baca peta langit dengan mendongak ke atas, once selatan ngadap muka anda, anda akan dapati timur langit benar berada di kiri anda dan barat langit berada di kanan anda.. amazing huh..?
dan jika mahu menghadap ke arah lain selain selatan, pastikan anda pusingkan peta bintang tersebut supaya arah y anda mahukan itu menghadap anda..
ingat.. langit itu sebenarnya amat luas.. lebih luas dr y anda sangka.. corak2 gugusan bintang bertaburan ke serata langit.. dan terdapat banyak lgi bintang di langit berbanding apa y ada di peta anda.. subhanAllah..!!

 rajah : Summer Star Chart

c)    banyak sgt symbol y ntahapahapantah.. camno nak baco namo bintang2 nih..?
 

bintang2 y telah diletakkan di dlm ssuatu gugusan, biasanya diklasifikasikan berdasarkan keterangan (relative brightness), dengan menggunakan huruf (Greek alphabet). Bintang y paling terang akan diwakili oleh ‘alpha’, y kedua terang diwakili oleh ‘beta’, ketiga ‘gamma’, dan seterusnya.. bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian apabila terdapat gugusan y diklasifikasi berdasarkan turutan (linear sequence) spt bintang Ursa Major atau Crux..
sbg panduan, aku sertakan rajah y menunjukkan symbol2 y mewakili Greek alphabet, as below:

Nama2 bintang biasanya mengadungi dua bahagian; y pertama Greek alphabet y menunjukkan tahap keterangannya, manakala bahagian kedua pula menunjukkan gugusan bintangnya.. kedua2 bahagian ini akan digabungkan (conjoined), utk membentuk nama bintang2 tersebut.. walaubagaimanapun, bahagian kedua (nama gugusan bintang tersebut) menggunkan sebutan Latin (Latin genitive case).. seperti contoh:
-        - bintang y paling terang dalam gugusan Centaurus dikenali sbg “alpha-Centauri” (bintang y paling hamper dengan matahari..)
-         -  bintang y paling terang dalam gugusan Scorpius (zodiac aku) dikenali sbg “alpha-Scorpii"

(nota) : “Centauri” merupakan sebutan Latin bagi “Centaurus”.. secara amnya, pembentukan sebutan Latin berdasarkan:
- mengubah suffix “-us” kpd “-i”…. (i.e) Taurus (ubah kpd) Tauri; Scorpius (ubah kpd) Scorpii
- mengubah suffix "a" kpd "-ae"... (i.e) Andromeda (ubah kpd) Andromedae; Libra (ubah kpd) Librae
- utk gugusan y berakhir dengan konsonan, tambah suffix “-is”…. (i.e) Orion (ubah kpd) Orionis

No comments:

Post a Comment