Thursday, December 9, 2010

sedikit pengenalan ilmu falak syar'ie (part i)


dlm entry sblum ini, aku declared antara azam baru sempena ma'al hijrah ni ialah ‘mendalami’ ilmu y berkait dengan takwim bulan2 Islam.. dan aku sedar bhw aku bukannya ‘ahli’ dlm bidang ini tapi sekurang2nya aku nak mencuba..cuba utk pelajarinya, cuba utk memahaminya, walupun mungkin apa y aku faham hanyalah ‘sebaris perkataan’ dari setebal-tebal helaian ilmu tersebut..
baby-step.. skit demi skit..

dan sbg permulaan, mungkin skit sbyak ttg pengenalan ilmu falak syar’ie y menjadi tunjang kepada pengiraan takwim hijrah itu sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi cabangan ilmu falak syar’ie ini, dan ianya bukan sekadar ‘pengiraan tarikh hijrah shj’.. malah ilmu ini meliputi pelbagi aplikasi dlm kehidupan seharian kita sbg manusia (generally), dan juga sbg umat-Nya (specifically, as a Muslim)

falak syar'ei adalah ilmu yang berkaitan objek-objek di langit seperti matahari, bulan, bintang, buruj, planet, komet dan banyak lagi. Secara kasarnya, terdapat bberapa pecahan istilah dalam falak syarie iaitu:
1. Astronomi
2. Astrologi
3. Astrofisika
4. Astrometrik
5. Astromekanik
6. Kosmografik
7. Kosmogoni
8. Ilmu Hisab
9. Kosmologi
10. Falak Syarie

bidang ilmu yang tertua di dunia ini telah muncul pada zaman pemerintahan Firaun di Mesir lagi.. hal ini terbukti berdasarkan pembinaan piramid yang yang diasaskan kepada pergerakkan dan kedudukan matahari.. bahkan ada juga pendapat bahawa ilmu falak ini telah wujud sejak zaman Nabi Idris lagi.
kemuncak kemajuan dlm ilmu ini adalah pada zaman pemerintahan Islam Bani Abbasiyah di Baghdad (Iraq). ketika itu, ilmu ini tersebar secara meluas sehinggakan turut dipelajari masyarakat barat yang akhirnya menyebabkan mereka pula yang mengambil alih penguasaan ilmu ini.. akibatnya, kita lebih mengenali Ptolemy krn berjaya membuat mapping gugusan bintang di langit y kita kenali dengan istilah zodiac.. dan gugusan2 tersebut dinamakan mengikut nama2 tuhan dan dewa dlm mitos Greek..

secara kasarnya sekarang, jika dipandang dari sudut ‘kedudukan’ ilmu ini, ianya bagaikan fardhu kifayah sahaja.. namun jika dipandang kepada ‘keperluan’ sekarang maka nyatalah ianya telah hampir kepada status fardhu ‘ain kerana perkaitannya yang begitu rapat dengan penentuan waktu-waktu solat dan ibadah-ibadah lain sedang ketika ilmu ini semakin terasing dan terlalu sedikit kewujudan mereka yang menguasai bidang ini sehingga jika dikira boleh dikatakan tidak sampai lima jemari untuk dihitung jumlahnya di setiap negeri di Malaysia.

falak syarie juga secara tidak langsung turut menekankan kepada pengetahuan matematik.. ianya boleh diselaraskan dengan beberapa bentuk ilmu yang mempunyai perkaitan dengannya seperti:
1. tamadun Islam
2. hukum (Ilmu Fiqh)
3. tauhid
4. kedudukan objek di langit
5. kemahiran penggunaan alatan moden/tradisional (alat pencerapan)
_____________
reference:
http://luqmankhairi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment