Friday, December 17, 2010

zodia iii.ii : the myth.. pengenalan watak; Orion


Orion 

rajah 1 : buruj Orion dan Sirius (anjing buruan Orion)
dlm satu versi ada y mengatakan Orion ini adalah anak campuran antara manusia dan dewa.. versi ini mengatakan bhw terdapat seorang petani tua (dr satu wilayah bernama Boetia) y tidak dikurniakan zuriat, iaitu Hyrieus dari Hyria.. Hyrieus selalu berharap agar dia dikurniakan seorang zuriat, walaupun setelah kematian isterinya dia masih mengharap.. nak dijadikan cerita, Zeus dan Hermes dtg ke Bumi dan berselisih dgn si petani.. si petani offer utk menumpang mereka dan memberikan mereka layanan y baik sepanjang mereka menumpang di rumahnya.. utk membalas budi Hyreius, Zeus menawarkan utk menunaikan sgala hajat si petani.. si petani ni plak mengatakan adalah impossible Zeus dpt menunaikan hajatnya.. then, (ketahyulan dongeng ini pun bermula..) si Zeus menyurus Hyrieus menyembelih seekor buffalo, kencing kat buffalo tu dan tanam kat dlm kubur isterinya.. walaupun pelik, si petani tetap melakukan apa y disuruh.. selang 9 bulan kemudian, keluarkan seorang baby.. Hyrieus menamakannya Urion (si pembuat air) y kendiannya mengubah namanya kpd Orion.. (knp ‘si pembuat air’.. ntah.. apa y aku tahu, nama ini dikatakan makes sense jugaklah since gugusan ini slalu muncul pd musim hujan.. nta..)
ridiculous.. tetapi ada satu lg versi, dikatakan asal usul Orion bukanlah sparuh manusia-sparuh dewa mcm versi di atas.. mereka berpendapat bhw Orion merupakan anak kpd Poseidon (atau sesetengah mengenalinya dgn nama Neptunus.. dan nama planet Neptune diambil sempena nama mamat ni la..) dan dewi Euryale..
rajah 3 : gambaran Poseidon
okeh, sedikt latar blakang mak bapak si Orion ni.. bapak Orion, Poseidon, atau dikenali sbg dewa laut a.k.a the ruler of the sea.. adik bradik Poseidon termasuklah Hades (god of underworld) dan Zeus (god of sky).. diceritakan, apabila Poseidon in good mood, dia akan mencipta daratan/pulau y baru serta menjadikan laut tenang.. tetapi, klu dtg mood tak baik dia tu, habis bergelora laut dengan earthquakes dan sbg-nya.. so, klu tak nak mati lemas, jgn la buat Poseidon marah (pantang org laut pd zaman ni..) Poseidon mempunyai istana  y diperbuat drpd batu karang dan permata.. dan, y menariknya, melalui pembacaan aku, Poseidon ni sama je dgn abgnya, Zeus dr segi ‘menunjukkan’ atau ‘mempraktikkan’ kuasa ke atas para dewi.. ikut bahasa aku, kira ‘player’ jugak la.. byak love affair, dan byak gak anak2 y lahir dr benih si Poseidon nih.. antara y terjebak ngan ayat2 cinta Poseidon nih, haaa.. cuba baca kisah mak Orion lak..
rajah 4 : gambaran Medusa

okeh, mak si Orion plak.. Euryale.. maybe ramai y tak kenal dan tak pernah dgr nama nih (aku pun xpernah..), tapi klu aku sebut “Medusa”, pasti ada y akan ckap, “mcam pernah dgr je nama nih..” dan paling tak koman, pun mesti ada y terbayangkan wajah pompuan bengis y ‘berambut’ ular2 bisa.. so, Euryla, dan Medusa (serta sorang lgi dewi y bernama Stheno) adalah adik beradik.. mereka tiga beradik merupakan anak2 kpd Phorcys dan Ceto (anak Pontus dan Gaia).. adik bradik ni juga dikenali dgn gelaran The Gorgons.. klu ada y masih ingat watak y popular 90an dulu, The Space-cop Gaban.. cerika hero ala-ala Power Ranger Jepun.. watak penjahat dlm siri ini menggelarkan diri mereka Gorgom.. haha.. nama Gorgon ni sememangnya mewakil aspek ‘kehodohan’ la senang cerita.. dlm mitos Greek ada byak pendapat.. ada y kata diorang ni cantik tetapi dihukum krn kesalahan mereka lalu bertukar jadi hodoh.. ada y kata diorang ni mmg hodoh.. dan ada juga y kata diorang ni cantik tetapi kecantikan mereka ni ‘disembunyikan’ oleh sisik2 ular serta bunyi y menyeramkan serta ular2 y menjadi ‘rambut’ diorang.. diceritak sedemikian krn mereka berkhidmat utk dewa Aides (bukan nyamuk beb.. ni nama dewa diorang nih..).. tugas diorang adalah utk protect kerajaan laut.. so klu ada sapa y dok nyelam, dan terpandang the Gorgons ni, mereka akan bertukar jadi batu (sang Kelembai versi Greek huhu..) dlm versi lain, ada juga kisah y mengatakan mereka ni berkhidmat sbg priestess utk Athene.. kecantikan
rajah 5 : gambaran Pegasus
mereka dirampas krn Medusa kantoi jatuh cinta dgn Poseidon (player, cair ah kena ayat..) dan utk kesalahan ini, ketiga2 mereka dihukum.. (y paling teruk ialah Medusa krn telah dipenggal kepalanya.. tp ada juga y berpendapat Medusa menghilangkan diri dan lari ke Afrika.. dats why kat Afrika ada byak reptilian y berbisa nih.. ntah la..) tak bayak kisah mengenai Euryale aku dpt.. mayb kerana kisah Medusa lebih popular berbanding adik-bradiknya y lain.. apapun, dengan Poseidon, Medusa melahirkan Pegasus (kuda berkepak) dan Chrysaor (babi hutan berkepak; winged boar).. Chrysaor dikenali sbg ayah kpd Geryones dan Echidna, monster bersayap dan berkepala tiga y kendiannya telah dibunuh oleh Hercules.. dan Orion dilahirkan hasil hubungan Poseidon dan Euryale..
okeh, kita balik semula kpd Orion nih.. (jauh aku bercerita pasal latar blakang mak bapak dia nih.. mitos.. what else do you expect..?) okeh, mungkin krn susur galurnya y bersalasilahkan monster dan dewa, si Orion ni dikatakan memiliki tubuh y sgt besar.. gigantic.. gergasi.. bahkan ada y mengatakan, tingginya Orion ni bleh nampak kepalanya tersembul dipermukaan klu berjalan di laut (tinggi tuh.. tinggi pokok balak kot..) namun, apa y membuatkan Orion terkenal bukan kerana tinggi atau bentuk fizikalnya, tetapi kemahirannya dlm ilmu bintang dan beberapa ilmu y lain (termasuklah sastera, penyembuhan, sukan dan sbg-nya..) dan y melonjakkan namanya dlm carta ‘most wanted bachelor’ ialah kepandaiannya dlm pemburuan.. kehebatannya diakui sehingga digelar “dweller of the mountain”.. bersama2nya adalah seekor anjing buruan y hebat, y dinamakan sbg Sirius (hehe.. perasan tak..? nama ini juga digunakan sbg salah satu watak dlm criter Harry Potter.. Sirius Black; bapak angkat Harry Potter; debut dlm The Prisoner of Azkhaban..? huhu..)
rajah 2 : gugusan bintang Orion.. perhatikan Orion's belt.. aku refer tiga bintang tu sbg bintang kiblat.. bleh dilihat dgn jelas dr langit malam..

No comments:

Post a Comment