Monday, December 6, 2010

Takwim Hijri

disember 7, 2010..bersamaan 1 muharram 1432 hijri..
jadi, sempena sambutan ma'al hijrah ni, nak gak aku kongsi sdikit maklumat mengenai 'Takwim Hijrah'.. skadr berkongsi apa y aku tahu mengenai takwim/kalendar hijri y tlah menjadi sandaran umat Islam sekian lamanya ini..
ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.. takwin ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun..
permulaan penggunaan kalendar tahun hijra / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya..
riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya..
bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.. peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti kalendar Tahun Gajah, kalendar Persia, kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah..
maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam..
walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun takwim Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah..
takwim ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah.. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan.. hasil dari itu, semenanjung Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu..
antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan..
perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. .maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

dan sbg azam thun baru hijri ini, aku rasa aku nak lebih dekat n lebih mengenali takwin hijri ini.. kerana melaluinya terdapat banyak peristiwa2 besar dan penting y seharusnya bleh aku jadikan panduan dan iktibar.. dan bukan semata2 bergantung pada takwin masehi (kalendar Gregorian).. bantu aku, k..

_________________
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrah

No comments:

Post a Comment