Thursday, December 16, 2010

zodiac ii.iii : sedikit mengenai bintang Antares

Antares : the origin
orait.. spt y aku janjikan dlm entry sblum nih, aku nak khususkan satu entry utk bintang y dianggap sbg "the heart of the Scorpius" ini.. knp..? ntah.. maybe dlm keghairahan aku cube utk mempelajari atau mengenali zaodiac aku, iaitu Scorpius; aku jadi tertarik ngan bintang ini.. hmm.. ada keindahan y tersembunyi di dlm gugusan bintang aku ni rupernya.. 
rajah 1
Antares, nama salah sbuah bintang y paling terang di langit, y juga merupakan sebahagian daripada gugusan Scorpius, diambil drpd perkataan Greek kuno iaitu “ant-Ares” y bermaksud “menyaingi Ares” atau “holds against Mars” (Ares merupakan nama Greek utk Marikh, iaitu dewa perang).. ini mungkin disebabkan oleh persamaan y terdapat kpd bintang ini dan planet Marikh drpd segi warnanya y merah-kemerahan.. 
ada juga pendapat lain y menyatakan bhw nama ini diambil drpd puisi ‘kepahlawanan’ dr zaman Arab kuno, iaitu Antar.. walau apa pun sbbnya bintang ini dinamakan sedemikian, apa y pasti terdapat banyak tamadun purba y begitu mengkagumi bintang ini sehingga ianya turut memainkan peranan dlm perkembangan ketamadunan tersebut.. seperti contoh:- 
- Mesir - kebanyakan tempat beribadat di Mesir (Egyptian temples) dibina berdasarkan kedudukan bintang Antares, agar cahaya bintang ini memainkan peranan dlm upacara2 keagamaan di kuil2 tersebut.. 
- Parsi - Charles Francois Dupuis, seorang pengkaji bintang Perancis mengatakan bhw Antares dikenali dgn nama "Satevis", dan dianggap sbg salah satu drpd ‘royal star’ utk kerajaan Parsi sekitar 3000 thun sblum Masehi..

- Italy - dlm kepercayaan agama Stregheria (kultus y mengamalkan sihir; juga dirujuk sbg Old Religion of witches di Italy), Antares dikenali sbg “the fallen angel and quarter guardian of the western gate”..

- Australia aborigin - suku/puak asli dr Autralia, Orang2 Wotjobaluk Koori, dari zaman Victoria pula mengenali Antares sbg Djuit, putera lelaki kpd Marpean-kurrk (Arcturus); dan bintang2 disekeliling Antares dianggap isteri2nya.. manakala puak Kulin Kooris pula menganggap Antares sbg Balayang, iaitu abang kpd Bunjil (Altair)..

- Arab - Masyarakat arab pula menggelarkan Antares sbg "the Heart of Scorpion"; iatu terjemahan drpd bahasa Arab utk Qalb al-Άqrab.

Antares : astronomically
dlm bidang astronomy moden, terdapat pelbaga nama y mewakili bintang ini, antaranya:  
α Scorpii, 21 Sco, Cor Scorpii, Kalb al Akrab, Scorpion's Heart, Vespertilio, HR 6134, CD -26°11359, HD 148478, SAO 184415, FK5 616, WDS 16294-2626, CCDM J16294-2626A/B, HIP 80763

rajah 2
Antares, salah satu bintang dalam sistem galaksi Bima Sakti kita nih (Milky Way galaxy).. Antares, salah satu drpd 16 bintang y paling terang y boleh dilihat pada waktu malam (antara lainnya ialah Regulus, Aldebaran, Spica, Fomalhaut).. Antares, salah satu drpd 4 bintang bangsawan (royal stars of the anchient) y paling terang di sepanjang elliptic.. 

Antares, bintang y diklasifikasikan dlm kategori M (supergiant star), dgn anggaran radius-nya y 800 kali ganda lebih besar drpd matahari; atau lebih kurang 688 juta batu (diameter); dan jika bintang ini diletakkan di dalam system solar kita dan menggantikan matahari, pengkaji astronomy membayangkan bhw keluasannya shj akan meliputi orbit di antara Marikh dan Jupiter.. bayangkan.. silap2, mau kita (Bumi) orbit 'di dalam' bintang nih.. subhanAllah.. apakah ada sebarang bentuk kehidupan di Bumi..?

sbg perbandingan y lebih jelas, aku sertakan gambar bg menunjukkan perbandingan besar matahari dan Antares.. rajah 2 merupakan perbandingan planet dlm sistem suria kita termasuklah matahari manakala rajah 3 pula perbandingan antara matahari dan Antares.. (kot klu ada sapa y tak perasan matahari di rajah 3 tu, cube perhati arrow y ada label "sun (1 pixel).. subhanAllah..
rajah 3
jarak Antares dengan Bumi dianggarkan sejauh 600 tahun cahaya (katakan lah: hari ini aku tgok kat tro-pong, dan aku berjaya melihat bintang Antares.. maksudnya, cahaya berwarna merah y aku lihat dr bintang Antares itu merupakan cahaya dr 600 tahun dahulu, atau pd tahun 1400 masehi y lalu.. peh.. ni da bukan zaman Tok Kadok lagi da nih.. Parameswara pun blum tentu lahir time nih..) subhanAllah.
rajah 4 : Antares (atas kiri), Rho Ophiuchi (biru), and Sigma Scorpii (merah).
rajah diambil dr pencerapan planetarium Anglo-Australian Obs./Royal Obs. Edinburgh
_______________
http://en.wikipedia.org/wiki/Scorpius
http://www.dibonsmith.com/menu.htm

http://www.daviddarling.info/encyclopedia/A/Antares.html 
http://astrobob.areavoices.com/page/29/?archive=2009-12&pg=3



No comments:

Post a Comment