Friday, December 17, 2010

zodia iii.iv : the myth.. pengenalan watak; Gaia


Gaia :


rajah 1 : ilustrasi Gaia
watak y lain dlm mitos Scorpius nih.. Gaia (atau ejaan Latinnya Gaea, atau Ge) merupakan goddess of the Earth.. mak kpd dewa2 dlm mitos Greek purba nih.. (by the way, masih ingat lagu y pernah dirakam oleh zainal Abidin lewat 90an dahulu..? ada satu lagu bertajuk ‘Gaia’.. hmm…)
okeh, diceritakan bhw pada ‘permulaannya’ (permulaan alam/asal kejadian alam); there was nothing.. empty space.. zero creations.. y ada hanya ‘Khaos’, atau the nothingness of space (ruang kosong).. drpd Khaos, muncul la Gaia y ‘out of nowhere’ tuh (this is totally salah dr segi perbandingan ilmu Tauhid y kita pelajari.. so, anggap je ini sbg ‘bahan bacaan’.. jgn dok percaya plak.. ingat..!! tiada y lain melainkan Allah.. Dialah Maha Pencipta dan Menciptakan.. Dia Yang Maha Esa.. Yang Maha Tunggal..) 
rajah 2 : ilustrasi Gaia
err.. kat mana kita tadi..? ohh.. dr Khaos muncul Gaia (goddess of earth), Nyx (goddess of the night), Tartaros (god of the underworld), Erebos (god of shadows and darkness), and Eros (god of sexual love).. dan kita fokus pd Gaia shj okeh.. okeh.. menurut pembacaan aku (dan mungkin korang juga akan perasan..) watak Gaia ni mmg akan muncul dlm mana2 kisah pun.. penting sgt kah dia nih..? weh.. dlm mitos Greek purba,watak Gaia adalah penting krn dia merupakan ibu kpd byak dewa dewi y ada dlm mitos (itu je la peranan dia pun.. lahirkan.. ciptakan..) dan apa y specialnya, gaia dikatakan boleh melahirkan anak tanpa penglibatan secara langsung oleh pasangannya.. bahasa y mudah, tak payah kahwin tak payah ber-husband.. sehinggakan ada satu versi y menceritakan si Zeus (Zeus anak bongsu kpd pasangan Cronos dan Rhea, y kedua2 juga merupakan anak kpd Gaia.. kira cucu Gaia la nih.. hmmm.. peningkan..) bermimpi ‘basah’, dan mimpinya itu ‘mengakibatkan’ Gaia mengandung.. anaknya dinamakan Agdistis.. hmm.. oekh, sambung je la cerita.. tak payah nak memanjangkan lg hal nih.. apa y patut di highlight-kan, Gaia mampu menciptakan ‘anaknya’ sendiri.. antaranya; Ouranos (god of the sky), Pontos (god of the sea), and Ourea (god of the mountains).. dan ada juga y mengatakan, hasil ‘perkongsian’ Gaia bersama2 dgn anaknya sendiri, iaitu Ouranos, Gaia menjadi ibu kepada:
-          12 Titans: Theia (goddess of sight), Rhea (goddess of female fertility), Themis (goddess of divine law), Mnemosyne (goddess of memory), Phoebe (goddess of light), Tethys (goddess of nursing), Okeanos (god of fresh water), Koios (god of intelligence), Krios (god of constellations), Hyperion (god of observation), Iapetos (god of mortality), and Kronos (god of time).
-          okeh.. then, Gaia turut melahirkan tiga Kyklopes dan tiga Hekatonkheires (setiap satunya ada seratus tangan dan lima ploh kepala).. Ouranos, y malu dgn anak2 y berupa monster nih menolok diorang kembali ke dalam rahim Gaia, dan mengakibatkan Gaia parah.. dlm kesakitan, Gaia mengumpulkan kesemua anaknya utk meminta pertolongan.. si bongsu, iaitu Kronos mengkasi/menyunat/potong anu (castrated) si Ouranos.. darah dan mani y terpercik keluar dr luka itu menyimbahi Gaia, y kendiannya melahirkan puak/suku/bangsa/keturunan Giants, Erinyes, dan Meliae.. testis Ouranos dibuang ke laut dan lahirlah puak Aphrodite plak.. perghhh.. sakit otak memikirkan betapa dongengnya mitos ni das au hal, piker plak pasal potong memotong.. aduh..
-          Giants (gergasi): lahir dgn keadaan sudah dewasa lengkap ngan perisai dan lembing,
-          The Erinyes atau Fairies (pari2): Alecto, Tisiphone, and Megara
-          Meliads (elf atau org kerdil y tinggal di hutan/pokok)
-          The Cyclopes (atau wheel-eyed) : Brontes, Steropes, and Arges
-          okeh, selain Ouranos, Gaia juga melahirkan Aetna, Antaeus, Acheron, Atlas, Ceto, Dreams, Eurybia, Erichthonius, Hyllus Keto, Kharybdis, Kreusa, Mimas, Nereus, Pheme, Phorcys, Python, Sperkheus, Thaumas, Typhon, dan banyak lagi; hasil hubungannya dgn dewa lain... 
ada juga sesetengah hikayat mengatakan Gaia juga ada melahirkan anak ‘manusia’ (kebanyakan lelaki..) dan salah seorangnya ialah ‘hero’ masyarakat Greek iaitu Erichthonius, hero y menemui kota Athens..

rajah 3 : gambaran puak the Erinyes





rajah 4 : gambaran puak the Cyclopes

No comments:

Post a Comment