Sunday, December 12, 2010

zodiac i.ii : tarikh lahir.. zodiac.. apo kaitan eh..?

sekarang kita kembali ke masalah zodiac.. apa itu zodiac? zodiac sebenarnya merujuk pada constellation of stars (gugusan bintang) yang berada di angkasa.. zodiac sangat berkaitan erat dengan tarikh lahir seseorang krn zodiac ditetapkan berdasarkan tarikh lahir kita (does it make any sense..? I mean the way I explain.. mcam hampeh kan..?)


apakah zodiac mempengaruhi karakter seseorang? apakah zodiac boleh mentukan pasangan ideal seseorang..? apa pengaruh y diberikan oleh zodiac terhadap pjalanan hidup seseorang..? waaa-laaa-weehh.. maaf la bro.. I’m not a shaman nor I’m not a talisman.. astrologist expert..? lagi la jauh dr simpang rumah Pak Manap.. so, aku mmg tak dapat jawab sebarang pertanyaan di atas.. cuma dlm entry ini, aku hanya akan bebel mengenai hubungan tanggal lahir seseorang dengan zodiak yang dimiliki (mathematically)



as I assumed before, zodiac merujuk kepada constellation of stars (gugusan bintang) di langit.. pembahagian gugusan bintang di langit ini dilakukan sepanjang elliptic* (“lintasan” semu matahari) dan pembahagian dimulai dari vernal equinox (pemotongan antara ecliptic dan garisan khatulistiwa bola langit). Para ilmuan pada zaman Babylon membahagikan lingkaran elliptic tersebut kepada 12 wilayah dengan setiap satunya berukuran 30o (celestial longitude).. dan perkiraan itu berdasarkan pengetahuan mereka mengenai fakta bahawa bumi ini berputar mengelilingi orbit, dan akan melalui stiap wilayah gugusan satu persatu sehingga melengkapi kesemua 12 zodiac**..

 rajah atas: celestial sphere

Jadi secara mudahnya, aku cuma bleh bitau bhw hubungan antara tarikh lahir seseorang dengan zodiac tertentu sebenarnya disebabkan oleh kedudukan posisi matahari (jika dilihat dari Bumi) y sentiasa berpindah/bergerak dari satu gugusan ke gugusan bintang y lain sesuai dengan fungsi waktu (perubahan hari).. maksud perubahan posisi sesuai dengan fungsi waktu adalah krn longitude matahari y sentiasa berubah seiring dengan pergantian hari..
rajah atas: ilustrasi kedudukan zodiac dan putaran orbit bumi dan matahari

nota kaki:

(*) : elliptic bukanlah lintasan matahari mengelilingi bumi, tetapi perbezaan posisi matahari di langit relatif terhadap bumi yang berubah sekitar 1o setiap hari sehingga dalam waktu satu tahun akan membentuk 360o (bagi satu lingkaran penuh)
(**) : Sebenarnya gugusan bintang tidak hanya 12, tetapi terdapat 13 gugusan bintang.. Walaubagaimanapun, pendapat ini hanya/masih diguna pakai oleh sesetengah astrologist barat shj (menggunakan nama sidereal zodiac).. Gugusan bintang y ke-13 ini (atau zodiac y ke-13) dikenali sbg Ophiucus.. gugusan ke-13 ini tidak diguna pakai krn matahari hanya berada pada gugus ini selama 18 hari shj.
_______________
rujukan : http://mail.colonial.net/~hkaiter/zodiacconstellations.html

No comments:

Post a Comment