Wednesday, December 1, 2010

awwalul-kalam


Dua pintu yang sering menghubungkan manusia dengan alam: (1) mata dan, (2) ialah telinga. Meskipun ada tiga panca-indera yang lain iaitu hidung yang menghidu, lidah yang mengecam rasa dan sentuhan kulit tetapi yang berpengaruh mencari keindahan ialah kedua-dua yang disebut tadi, iaitu penglihatan dan pendengaran. Setiap kali langkah menyusuri alam ini, mata akan melihat dan telinga akan mendengar..


Bahasa plak merupakan wakil atau perantaraan untuk menyampaikan perasaan hati mereka. Memetik kata2 Dr Hamka: "Bagi seniman yang digelar penyajak akan terlompat dari lidahnya.. bagi penulis-penulis buku akan terlompat ke dalam mindanya lalu mengalir ke hujung pena.. bagi ahli muzik jari-jemarinya akan menari di atas garisan not.. bagi pelukis akan mengalir dari catnya ke atas kertas yang putih."
"Bahasa yang miskin tidak dapat mencipta sajak/puisi.. ilmu yang sedikit tidak dapat menulis selaut cerita.. hati yang kasar tak dapat mengenal keindahan.. tangan yang kaku tak dapat melukiskan portrait."

 .....So, inilah tujuannya blog :::PERCIK :: DAKWAT ::: ni dibuat..skadar nak lempiaskan apa yang terpandang, terlihat, terdengar, ternampak dan sebagainya melalui medium penulisan..berkongsi stakat apa yang diketahui..
:::PERCIK :: DAKWAT ::: juga merupakan blog baru sy..Kewujudan blog ini akan menafikan kewujudan blog2 sy y terdahulu..klu blog2 sblum ni sy terlalu mencuba utk menjadi fancy, kali ni biarlah 'rilek-rilek aje'..we'll see..
Mengenai 'genre' penulisan pula, sy sendiri belum memutuskan samada mahu menumpukan SATU shj genre atau nak pelbagaikan..we'll see..

No comments:

Post a Comment