Wednesday, December 22, 2010

zodiac i.viii : Indian astrology


Indian astrology.. jyotish.. rashi.. dan nakshatra..
olait.. sblum nih aku ada mention bhw terdapat tiga ilmu astrology utama dunia y selalu menjadi rujukan.. iaitu western astrology.. kendian Chinese astrology.. dan pada entry kali ini, aku akan cuba hurai serba sedikit mengenai y ketiga nih, iaitu ilmu astrology Hindu.. jgn memain beb.. even org India pun rajin duk kaji bintang walaupun tujuan kaji bintang diorang ni hanya la utk tujuan ramalan, tapi sekurang2nya mereka nak jugak teroka alam semeta nih.. kita..?
okeh.. Indian astrology ni sebenarnya lebih dikenali dgn nama “Jyotish” atau Jyotisha astrology, atau Vedic astrology atau Hindu astrology.. ilmu ini merupakan ilmu kuno y mengkaji pergerakan, atau peredaran objek2 di langit (angkasa lepas).. ilmu astrology ini merupakan salah satu drpd enam cabang Vedanga; iaitu ‘the secondary diciplines’ (cabang ilmu) bagi agama atau mazhab Vidic.. hmm.. kekadang terlintas gak dlm kpala nih.. defend Manchester United tu namanya Nmanja Vidic kan..? hmm.. tak berkaitan la tu..
dlm jyotish, zodiac atau gugusan bintang dikenali dgn nama ‘rashi’.. terdapat 12 rashi y selari dgn apa y slalu kita lihat dlm tropical (western) zodiac.. beza hanya pada nama.. di bawah (rajah 1) merupakan ringkasan jadual nama2 rashi y dimaksudkan..:-
rajah 1: rashi atau gugusan bintang zodiac
(sedikit info mengenai basic quality)
Cara (cardinal; asas)
personality traits y ditunjukkan oleh mereka y berada dlm kualiti Cara ini adalah orang y berkuasa (kuat dr segi fizikal dan personaliti), dinamik, bertenaga, serta mempunyai sifat2 kepimpinan.. vigor
Sthira (fixed; tetap )
personality traits y ditunjukkan oleh mereka y berada dlm kualiti Sthira pula adalah orang y mempunyai keazaman y tinggi, stabil, dipercayai, berkeyakinan, fleksibel, dan degil..
Dvisvabhava (mutable; berubah)
personality traits y ditunjukkan oleh mereka y berada dlm kualiti Dvisvabhava pula adalah orang y mampu utk suaikan diri mereka, baik, ramah (dan slalu meluahkan perasaannya), tidak konsisten, teragak-agak, dan seborono..

walaubagaimanapun, jyotish lebih menekankan ttg penggunaan sidereal zodiac, y mana terdapat beberapa perbezaan ketara dgn tropical zodiac.. antara perbezaan y ketara y mampu utk aku terangkan di sini ialah ttg ‘pembahagian wilayah atau gugusan bintang’ di sepanjang elliptic.. pembahagian wilayah atau gugusan bintang mengikut system jyotish (sidereal) adalah 13°20’ (utk setiap satu wilayah/gugusan/zodiac).. dan ini nyata berbeza dgn tropical iaitu 30° (utk setiap wilayah/gugusan/zodiac).. setelah dikira2, bagi melengkapkan satu pusingan setahun (360°), jyotish memerlukan matahari melintasi sebanyak 27 wilayah/gugusan/zodiac elliptic.. rujuk (rajah 2) utk mendapatkan gambaran jadual pembahagian rakshi dan nakshatra (atau bintang2 y terdapat dlm setiap rashi)..:-
rajah 2: nakshatra atau bintang2
dlm sidereal, ayanamsa adjustment (ayanamasa ialah perbezaan longitude antara sistem zodiac tropical (Sāyana) dan Sidereal zodiac (Nirayana) dilakukan utk memastikan kestabilan peredaran vernal equinox adalah selari..
amalan ini bertujuan utk memberi panduan kpd manusia utk lebih meghargai kepentingan intipati ajaran Vidic terhadap kehidupan seharian mereka dan juga demi menjaga keharmonian karma (setiap perbuat ada balasan y setimpal).. inilah antara element penting dlm Rig Veda’..
ilmu Jyotish astrology nih mmg menjadi sebahagian drpd kurikulum ajaran Vedic, y mengandungi element mathematics, seni bina bangunan, perubatan dan aplikasi ketenteraan.. menurut Jyotish astrology lg, planet2 dianggap sbg ‘grahas’ y member pengaruh y besar dlm kehidupan seharian manusia.. org Hindu percaya bhw setiap kejadian y berlaku dlm kehidupan sekarang adalah diakibatkan oleh perbuatan mereka dlm kehidupan y lalu.. dan Jyotish dianggap sbg sesuatu y bleh membantu mereka memahami bgaimana planet dan bintang dpt member panduan menghadapi masa2 kesukaran mereka.. kemudian, upacara keagamaan akan dilakukan utk menghindarkan mereka drpd bencana tersebut..
_____________

http://en.wikipedia.org/wiki/Nakshatra
http://www.futureinfos.com/rasi/index.php
http://www.ganeshaspeaks.com/indianvedicastrology.jsp
http://www.agasthiar.org/AUMzine/0019-rasi.htm

No comments:

Post a Comment