Wednesday, December 22, 2010

zodiac i.vii : Japanese astrology


Japanese astrology
okeh.. utk entry ni aku akan cerita skit ttg ilmu astrology Jepun.. satu fakta penting y korang kena tahu ialah astrology Jepun ni bukan lah originally dr Jepun, tetapi saduran dan tempias dr perkembangan ilmu astrology Cina.. konsep y sama, tetapi bahasa dan istilah y berlainan..
kebanyakan ilmuan percaya bhw Chinese zodiac sudah bermula sblum kelahiran Buddha di India lg (kononnya dilahirkan sekitar 500 tahun sblum masehi..) ini dibuktikan apabila di China, lukisan symbol dua blas binatang Chinese zodiac dijumpai di ukiran makam2 maharaja (dianggarkan dilukis sekitar tahun 533 sblum masehi..) manakala, ajaran Buddhist pula diperkenalkan sekitar abad pertama dan kedua selepas masehi.. daripada fakta ini dpt dijelaskan bhw sejarah dan perkembangan Chinese zodiac ni da berkembang lama sblum kedatangan ajaran Buddist.. dan pd zaman pemerintahan Dinasti Sui (581-618) barulah kedua belas symbol binatang zodiac ini menjadi sebahagian drpd ajaran Buddist dan dikenali dgn nama 12 Heavenly Generals..
dan ketika ajaran Buddist sampai ke tanah Jepun sekitar abad ke enam slepas masehi, ilmuan Jepun meng-import intipati ajaran Buddist serta system kalendar Cina.. dan system kalendar ini secara rasminya diadaptasi pd tahun 604 slepas masehi.. (selain Buddhism, falsafah Confucian dan Toist juga telah mendapat tempat dlm masyarakat Jepun sekitar abad ke-enam sehingga ke-lapan slpas masehi..)
8 dewa pelindung; 12 zodiac; 8 arah
di Jepun, kalendar (Chinese lunar calendar) atau kitaran bintang zodiac dikenali dgn nama Kanshi 干支 (atau disebut Eto), dan dua belas binatang zodiac pula dikenali dgn nama Jūni Shi 十二支.. populariti ilmu zodiac ini mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Edo (1600-1868 AD), y mana setiap binatang zodiac itu dikaitkan dgn lapan ‘dewa pelindung’ Buddha (eight Buddhist patron protector deities).. lapan dewa pelindung ini termasuklah ‘empat pelindung arah utama (four guarding the four cardinal directions) dan empat pelindung separa-arah (four guarding the four semi-directions).. sekarang, tradisi ilmu ini sudah mula pudar krn pengenalan kalendar Gregorian y membawa masuk western zodiac.. walaubagaimanapun, tradisi ini masih digunakan terutamanya dlm penganjuran acara penting (y melibatkan keagamaan dan adat resam)..
kesimpulannya, apa y aku bleh katakan ttg Japanese zodiac ni adalah ianya tidak mempunyai byak perbezaan dgn sistem zodiac Cina.. sama je.. cuma ada sedikit penambahan selari dgn pekembangan dan pengaruh spt agama Confucian dan Taoism.. spt contoh Japanese zodiac turut menyertakan ‘eight patron deities’ (lapan dewa pelindung) sbg sebahagian drpd sistem zodiac mereka.. slain drpd tu, tak byak beze melainkan dr segi bahasa dan istilah.. contohnya; aku lahir pd tahun ‘monyet’ atau ‘hou’ dlm bahasa Cina.. dan jika dilihat zodiac Jepun pula, ‘hou’ dikenali dgn nama ‘saru’ dlm bahasa Jepun.. jika nak lihat dr segi ‘ten heavenly stem’ pula, ‘hou’ atau ‘saru’ termasuk dlm element besi atau ‘kane’ dlm bahasa Jepun; serta bersifat ‘yang’.. hmm.. menarik bukan..?
_____________
http://www.dsexls.com/astrology-monkey-chinese-horoscope.html#Bir
http://www.chinesezodiac.com/info.php
http://www.onmarkproductions.com/html/12-zodiac.shtml

No comments:

Post a Comment