Wednesday, December 22, 2010

zodiac i.vi : Chinese astrology


Chinese astrology

ilmu astrology China (ilmu kaji bintang y mengaitkan ttg kelahiran dan ramaln) merupakan salah satu drpd tiga ilmu astrology moden y terkenal dan masih diguna-pakai sehingga kini.. dan kebiasaannya, astrology China ini melibatkan ramalan masa depan ttg sesuatu peristiwa, atau melibatkan untung tenggelam seseorang dlm kehidupannya.. ramalan ini berdasarkan ilmu falsafah Cina kuno, dan juga calendar China (Chinese lunar calendar which based on astronomy..) lebih khusus lagi, ramalan ini juga berdasarkan tradisi astrology China kuno y mempunyai kitaran bintang zodiac untuk 60 tahun sbg panduan mereka..
kitaran itu telah didokumentasikan seawal era Dinasti Shang.. kitaran ini terbahagi kpd dua bahagian.. satu bahagian mempunyai ‘sepuluh tunjang syurga’ (10 heavenly stem), y juga dikenali sbg lima element yin dan yang.. elemen2 tersebut termasuklah wood (kayu), fire (api), earth (bumi/tanah), metal (besi) and water (air).. aku cuba sediakan satu rajah utk menunjukkan penetapan elemen2 tersebut secara ringkas:
rajah 1: heavenly stem
manakala, bahagian kedua kitaran tersebut pula mempunyai ‘dua belas cabang bumi’ (12 earthly branches), y juga dikenali sbg ‘kitaran dua belas tahun binatang’; atau apa y kita kenali dgn Chinese Zodiac.. bahagian kitaran ini boleh digunakan samada berdasarkan bulan kelahiran; dan juga berdasarkan waktu kelahiran.. secara amnya, berbeza dgn western zodiac y berdasarkan gugusan bintang; kitaran2 Chinese zodiac ini pula berdasarkan kitaran calendar (mengikut tahun kelahiran) semata2 tanpa sebarang ‘campur-tangan’ gugusan bintang.. di bawah adalah rajah dua belas binatang y menjadi simbol Chinese zodiac..:-
rajah 2: 12 earthly branches
pada era pemerintahan beraja (dynasty era), ahli kaji bintang Cina, atau lebih dikenali sbg nujum, kerap diarahkan utk meramalkan masa depan negara (tanah jajahan mereka..) utk tujuan ini, mereka diceritakan sering memerhatikan langit utk melihat petanda y ‘dihantar’ oleh syurga.. dan utk ini juga, ahli nujum wajib utk mengenalpasti lima planet utama, dengan lima element yin-yang y diwakili oleh setiap planet tersebut.. spt contoh; Virgo dikaitkan dengan elemen Metal; Jupiter - Wood, Mercury - Water, Mars - Fire and Saturn - Earth.. Kedudukan kelima2 planet utama ini, matahari, bulan dan komet y melintasi langit; dipadankan dgn waktu kelahiran seseorang dan zodiac-nya (dua belas tahun binatang) telah, dan masih diguna pakai sehingga sekarang utk meramalkan nasib serta untung tenggelam masa depan seseorang..

Chinese zodiac signs
okeh.. utk tajuk ni aku hanya akan focus kpd bahagian kedua kitaran bintang zodiac mengikut tradisi astrology Cina nih.. dgn apa y mereka gelar sbg ‘dua belas cabang bumi’ itu sebenarnya merujuk kpd zodiac.. dan mengikut tradisi astrology Cina ini, terdapat dua belas ‘binatang’, y mewakili personal traits ssorg.. dan tradisi zodiac Cina ini juga berdasarkan tahun kelahiran (dan bukannya mengikut tarikh/pusingan elliptic matahari spt western zodiac..) okeh, jadual di bawah merupakan satu rajah lengkap y menunjukkan kitaran Chinese zodiac mengikut tahun kelahiran.. complete ngan heavenly stem dan earthly branches skali.. cube la usha korang lahir tahun apa..

rajah 3: Chinese lunar calendar
12 zodiac y dimaksudkan ialah; tikus, seladang, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir.. berbeza dgn western zodiac y merujuk zodiac berdasarkan gugusan bintang, astrology Cina pula merujuk kepada dua belas binatang nih.. dan bagaimana bleh timbul idea guna nama2 binatang ni, tidaklah diketahui secara khusus.. tetapi terdapat kisah lagenda mengenai asal-usul Chinese zodiac nih..

mitos & sejarah Chinese zodiac
okeh.. ingin aku tegaskan lg sekali, ini sekadar ‘a legend story’, atau mitos org Cina mengenai asal usul zodiac diorang nih.. kebenaran atau kesahihan cerita ini masih dipersoalkan; apakah benar atau tidak.. apapun, tujuan aku ceritakan pun skadar ‘nak tahu’ shj.. perhaps, sedikit sebanyak kita bleh amik apa2 maksud atau pengajaran y tersirat..

okeh.. mitos ini dikatakan berlaku pada dinasti pemerintahan Maharaja Kuning (Jade Emperor; atau Shi Huang Tze).. kononnya, maharaja ini telah menganjurkan satu perlumbaan/pertandingan di kalangan binatang2 y ada utk dijadikan zodiac.. binatang2 ini dikehendaki menyeberangi sebatang sungai dan sesiapa y berjaya sampai ke seberang sungai akan dilantik menjadi zodiac..
si kucing dan tikus dianggap sbg ‘perenang’ y paling hampeh skali di kalangan binatang2 tersebut.. so, dua ekor menatang nih plan utk berpaut di belakang seladang.. oleh krn si seladang nih menatang y naïf dan lurus bendul, dia pun setuju melayankan helah si kucing dan tikus.. dan apabila da nak sampai ke tebing (garisan penamat), si tikus telah menolak kucing sehingga jatuh ke dalam sungai hanya utk memastikan dia memperolehi kejayaan.. (dan kerana peristiwa itu lah, dikatakan kucing tlah bersumpah akan menjadikan tikus sbg musuh ketatnya forever.. tak kesudahan tu dendam si kucing..) tak cukup dgn tu, si tikus telah melompat over the head si seladang y penat2 membantunya.. so, tikus menjadi binatang y pertama sampai dan officially diangkat menjadi zodiac y pertama dlm kitaran Chinese zodiac.. hmm.. tricky sungguh si tikus nih.. manakala si ox pula mendapat tempat ke-dua..
rajah 4: 12 Chinese animal zodiac sign
jatuh di tempat ke-tiga pula ialah harimau.. dan si harimau member alasan dia dpt tempat ke-tiga adalah disebabkan oleh arus y deras y menyebabkannya amat sukar utk berenang merentasi sungai.. dan sebaik shj menamakan harimau sbg zodiac ke-tiga, maharaja terdengar bunyi derap tapak kaki y sedang berlari.. usha punya usha upernya si arnab..  arnab menjelaskan bahawa pada awalnya dia telah menggunakan batu2 y berada di sungai utk ke seberang.. tetapi, baru sekerat jalan, da tak ada batu lagi utk si arnab gunakan utk ke seberang.. dan dia sendiri mula rasakan akan kalah.. tiba2 ada sbatang balak hanyut dan si arnab menggunakan balak hanyut itu utk ke seberang.. dats why si arnab ‘landing’ jauh skit dr kawasan y sepatutnya.. apapun, arnab mendapat kedudukan ke-empat dlm kitaran Chinese zodiac nih..
binatang ke-lima y sampai ke garisan penamat ialah naga.. yup.. dragon.. walaupun naga ni dikatakan binatang y superior dr segi kekuatannya, dan bleh terbang plak tuh, tentu tak logik apabila naga dpt tempat ke-lima.. tapi si naga ada alasannya.. si naga mendakwa dlm perjalanannya utk menyeberangi sungai, dia tlah berhenti utk menolong manusia dgn menurunkan hujan (masyarakat Cina percaya nagan mempunyai kuasa sakti utk menurunkan hujan).. dan apabila dia menyambung perlumbaannya, dia ternampak si arnab tadi y sedang berpaut pd balak hanyut dan berhenti utk menolong si arnab dgn meniupnya ke tebing.. gembira dgn perbuatan dan jasanya kpd makhluk y lain, maharaja berkenan utk mengurniakan si naga tempat ke-lima dlm kitaran zodiac..
kendian terdengar bunyi derap tapak kaki kuda.. si kuda juga telah berjaya sampai ke tebing.. tetiba muncul ular y bersembunyi di pelana kuda sbg helahnya utk seberangi sungai.. terperanjat dgn kemunculan si ular, si kuda melatah dan berundur ke blakang.. terperanjat kot.. dan si ular bijak mengambil kesempatan utk ke garisan penamat, dan dikurniakan tempat ke-enam dan si-kuda mendapat tempat ke tujuh..
tak lama kendian, muncul plak si kambing, monyet dan ayam jantan.. menjawab pertanyaan maharaja y pelik knp diorang bleh sampai sesama, mereka menceritakan bahawa mereka tlah berganding bahu dan saling tolong menolong utk menyeberangi sungai.. si ayam jantan tlah menjumpai sebuah rakit y tersadai.. mengenangkan si ayam sedar bhw adalah mustahil utk dia melakukannya bersendirian (ayam ada kepak je, camne dia nak tolak rakit tu dan kayuh ke seberang, kan.. kan..), si ayam mengajak mengajak si monyet dan kambing bekerjasama dgnnya.. si kambing dan monyet setuju dan mula membersihkan semak samun dan lumut y penuh menyelubungi rakit itu dan tolak ke sungai.. gembira dan terharu dgn ‘usaha-sama’ mereka nih, maharaja berkenan utk memberikan mereka tempat dlm zodiac.. si kambing mendapat tempat ke-lapan dlm kitaran zodiac tersebut, manakala monyet tempat ke-sembilan dan si ayam jantan tempat ke-sepuluh..
walaupun anjing y dikenali sbg ‘perenang’ terbaik antara kesemua binatang y ada, dia adalah binatang ke-sebelas sampai ke tebing.. tinggi expectation maharaja utk melihat si anjing ni menang tapi hampeh.. alasannya, si anjing ni leka mandi.. mandi..? anjing ni bitau bhw deru air sungai y jernih dan refreshing tu membuatkan keinginannya membuak-buak utk mandi dan membersihkan dirinya (agaknya ini la sbbnya si anjing ni manja sgt.. asik nak suh tuannya mandikan dia slalu..) walaubagaimanapun, si anjing berjaya jugak dpt tempat dlm kitaran zodiac.. dpt la tempat ke-sebelas.. dan maharaja pun da nak tamatkan perlumbaan dan pun apabila terdengar si khinzir dok ‘menjerit’ kat tengah2 sungai (dpt bayangkan khinzir berenang..? dgn kaki pendeknya tu.. huhu..) sampai je ke tebing, si khinzir trus bitau y dia terlambat sbb lapar.. hmm.. dam mg perangai khinzir y kuat mkan.. sempat lg makan tu.. da kenyang mentedarah, si khinzir terlelap.. bleh plak tido tu.. dan itulah alasannya dia terlewat sampai ke seberang.. memandangkan dia sampai semasa maharaja ‘hampir2’ mahu menamatkan perlumbaan, maka dia diberikan tempat ke-dua belas..
dan perlumbaan secara rasmi telah ditamatkan oleh maharaja.. si kucing y sampai kemudiannya tidak berjaya mendapat tempat dlm kitaran zodiac.. dan dendam lara kucing kat tikus berterusan sehingga hari ini (tp berdasarkan pengamatan aku, tikus skang nih da tak takut kucing.. kucing y takut kat tikus ada la.. da setel ke dendam diorang nih..? ataupun masing2 calling for truce..? mtak berdamai.. ntah la..)
ada bermacam2 versi kisah mengenai perlumbaan nih..  ada y aku baca mendakwa kerbau pun ada mengambil bahagian sbg wakil spesis lembu.. itupun atas ‘tiket’ bhw kerbau adalah perenang terbaik dlm spesis tu..
ada jugak versi lain y mengatakan bhw perlumbaan itu tidak sekadar berenang menyeberangi sungai shj.. versi ini mendakwa bhw perlumbaan ini mempunyai bbrapa ‘tack and vebue’; termasuklah ‘decathlon’ merentas hutan, rentas desa, padang, lading, jeram sungai dan rentasi tasik sblum sampai ke garisan penamat di sebuah pekan (y tidak dikenal pasti..)
dan ada gak versi lain y aku baca bhw perlumbaan ini melibatkan dua peringkat pertandingan..  peringkat pertama tlah dibahagikan kpd dua kumpulan.. pembahagian ini dilakukan utk mengelakkan binatang2 y pantas dan laju mendominasi tempat teratas.. enam tempat teratas dari setiap kumpulan akan bertanding ke peringkat ke-dua perlumbaan bagi menentukan tempat dan kedudukan mereka dlm kitaran zodiac (tempat pertama sehingga ke-dua belas..) dan utk versi cerita ini plak, ada versi lain mengenai peringkat kedua pertandingan ini.. dikatakan, utk peringkat kedua, enam tempat teratas harus beradu hujah (berdebat; pidato).. mereka dikehendaki utk ‘public speaking’ dan meyakinkan binatang2 lain kenapa mereka harus diberikan tempat y teratas.. so, klu kita nak ikutkan versi ni, nyata si tikus adalah ‘pendebat’ y bagus sbb dia menang dpt tempat pertama dlm kitaran.. hmm.. teringat pulak aku movies “Stuart Little” dan “Ratatouille”.. eh.. khinzir pun berdebat jugak eh..? nta la.. aku baca versi ni asik dok tergelak sesorang.. da macam format pertandingan reality show y slalu aku tgok kat tv zaman skang nih.. ironic huh..?

No comments:

Post a Comment