Friday, December 17, 2010

zodia iii.v : the myth.. bermula kisahnya..

alkisahnya...
rajah 1 : spesis Black Scorpion
okeh.. da kenal watak, aku akan bercerita plak asal usul the Scorpius nih.. oleh krn kisah ini adalah mitos purba, so terdapat byak versi y menceritakan ttg asal usul Scorpius nih.. tetapi y paling byak mengaitkan the Scorpius dgn Orion.. itupun terdapat byak versi cerita.. so apa y aku ceritakan kat sini adalah berdasarkan kaedah ‘baca-suka-amik’.. maksudnya aku baca kisah2 atau versi y ada, dan antara byak2 tu y mana y aku rasa suka (dan bleh diterima mengikut piawaian aku sendiri), aku pilih dan aku amik utk aku ceritakan smula kat korang.. dan ingin aku tegaskan lg sekali, kisah mitos y aku baca dan kaji ni, cukup skadar sbg ‘bahan bacaan’ aku.. tak ada niat utk aku percaya dan jadikan kisah2 ni sbg panduan hidup ke atau sbgnya.. skadar ‘pembacaan fiksyen’ semata2.. dan secara tersiratnya, aku cuba amik apa y bleh aku jadikan renungan.. spt contoh, apabila aku baca kisah latar blakang setiap watak nih, aku berpendapat mereka ni cuma watak y dipuja oleh org2 Greek purba.. dan pemujaan mereka terhadap watak2 ini mengambarkan seolah2 mereka ni dewa atau tuhan y ‘immortal’.. tetapi sbg dewa, terdapat beberapa pencanggahan mantiq apabila aku dapati mereka bersifat spt manusia biasa je.. ada kemarahan, ada kesetiaan, pengorbanan, dendam, malah ada juga cemburu spt dlm kisah dewi Hera y cemburu ngan perhatian y diberikan oleh suaminya terhadap Leto.. hmm.. Tuhan y aku percaya dan y aku sembah bersifat Yang Maha Esa dan Tunggal.. tak ada manusia, atau makhluk y sama, atau y melebihi sifat2-Nya..
rajah 2 : spesis Thailand Black Scorpion
okeh.. rasanya tak perlu aku hurai panjang.. just straight to the point je la.. kembali kpd kisah the Scorpius ni, segalanya bermula apabila kemasyhuran Orion tersebar ke pelusuk Mesoptamia.. labih2 lagi mengenai kehandalan dan kehebatan Orion memburu binatang sehingga digelar ‘Dweller of the mountains’.. tapi, biasa la.. klu da famous dan rasa dirinya cukup hebat, Orion mula jadi obsess terhadap kuasanya itu.. bimbang mendengar keangkuhan Orion y berikrar mahu memburu dan membunuh sgala binatang liar di bumi, Gaia y juga dikenali sbg ‘mother Earth’ atau Earth Goddess, telah menghantar seekor kala jengking (The Scorpion) utk membunuh Orion.. ada versi tambahan y mengatakan saiz Scorpion ni amat luar biasa.. besar.. gigantic.. tak kisah la tu.. y penting Gaia menganggap si Scorpion ni sbg lawan y sesuai utk Orion nih.. dan ada juga versi y mengatakan bahawa Apollo la y bertanggungjawab utk menghasut Gaia supaya membunuh Orion.. knp lak si Apollo dengki sgt ngan Orion..?
y pertama, ada y mengatakan kehebatan si Orion melebihi kehebatan Apollo sehingga Apollo pernah kalah dlm satu peraduan memanah.. dan yang keduanya, ada juga y menceritakan bhw Apollo cemburu, dan bimbangkan Orion y cuba utk memadu kasih kembar perempuannya, Artemis.. Orion, like father like son.. spt mana ayahnya y ‘player’, Orion juga dikenali sbg ‘arjuna’ atau ‘the great lover’, atau dlm istilah kita ‘the most wanted bachelor’ di kalangan dewi.. antara y pernah dikaitkan dgn Orion adalah Merope (anak Raja Chios; cucu kpd Dionysus dan Ariadne), tapi hubungan tak jadi sbb tak dpt restu keluarga sebelah perempuan.. pastu Eos.. dan kendian Artemis.. diceritakan, mereka berdua mmg da cintan habis.. berkongsi minat y sama dlm pemburuan.. gi dating sana sini.. ungkap kata2 romantik.. pendek cerita, Orion menjadi lelaki/dewa pertama y Artemis jatuh cinta (aku da crita latar blakan Artemis sblum ini y mengatakan Artemis ni ala-ala ‘tomboy’ skit kan..) tapi hubungan ni tak jadi.. ada byak versi y menceritakan sebabnya.. antaranya ialah apabila Orion cuba utk merogol salah seorang pembantu Artemis, iaitu Opis.. ada jugak y menyatakan ikrar Artemis utk hidup ‘single by choice’ pun bleh jadi penyebabnya.. dan ada juga y menyatakan bhw Apollo turut memainkan peranan dlm meretakkan perhubungan diorang nih..
so, Apollo pujuk Gaia dan Gaia menghantar the Scorpion utk membunuh Orion.. the Scorpion tlah mengejar Orion merentasi syurga dan kayangan, namun gagal utk menangkap Orion.. the Scorpion hampir shj dapat membunuh Orion dengan sengatnya, namun Orion berjaya mengelak dan terjun ke laut utk menyelamatkan diri.. Orion berenang menuju ke Delos (salah satu tempat di Greece; dikenali sbg tempat kelahiran Artemis dan Apollo).. Apollo y menyaksikan Orion y berusaha utk menyelamtkan dirinya, nekad utk tidak melepaskan Orion.. Apollo kemudiannya mencabar twin sister-nya, Artemis utk memanah objek kecil berwarna hitam di laut bagi membuktikan Artemis adalah pemanah y handal.. Apollo juga memberitahu Artemis bhw objek itu adalah kepala seorang penjenayah (villain) y tidak patut dibiarkan hidup.. termakan dengan helah abangnya, Artemis memanah dan tepat mengenai objek tersebut dgn hanya sekali panah.. Artemis kemudiannya berenang menuju ke arah mayat itu, dan amat terperanjat apabila dia mendapati bhw dia tlah membunuh Orion.. Artemis memujuk Zeus utk menghidupkan Orion kembali tetapi rayuannya ditolak..
so, Artemis mengabadikan imej Orion di langit.. imej the Scorpion pula diabadikan di langit sbg tanda kagumnya Zeus terhadap perlawanan y membabitkan Orion dan the Scorpion.. dan itulah sbbnya (buruj) the Scorpion tlah ditempatkan di horizon timur sehingga (buruj) Orion hilang di horizon barat..
wlau apa sbb pun Orion dibunuh, y jelas, Gaia lah y bertanggungjawab utk memerintahkan the Scorpion utk membunuh Orion.. so, apa y aku bleh amik dr kisah ni.. hmm.. y pertama maybe aku pun tertarik ngan kisah ‘keperwiraan’ the Scorpion y berjaya menewaskan dewa pemburu y hebat.. binatang kecik je.. jengking.. klu ikut rasional kita, pijak je mati (jgn pijak ngan tak pakai selipar udah la.. itu ngan ko skali bleh kojol..) tp, dlm banyak2 binatang, knp jengking..? knp jengking y dihantar oleh Gaia utk bunuh Orion..? knp tak babi hutan..? beruang ke..? mungkin selain bisa dan sengat y merbahaya, tersembunyi satu falsafah mengenai ‘kekuatan’.. dan bagaimana atau dari sudut mana kita nak lihat ‘kekuatan’ tersebut, itu terpulang..
rajah 3 : spesis Death-stalker Scorpion
_________________
http://www.paleothea.com/SortaSingles/Artemis.html
http://www.goddessaday.com/greek/gaia
http://www.serendipity-astrolovers.com/Scorpio-Mythology.html
http://www.paleothea.com/Basic.html
http://web.ics.purdue.edu/~rauhn/Fexmaps.htm

No comments:

Post a Comment