Monday, December 27, 2010

"so, ape che..?" ; the closure


okeh.. aku da bicarakan sedikit sebanyak y aku mampu dan y aku tahu mengenai pelbagai aspek dan perbahasan mengenai zodiac dr sudut astrology dan astronomy.. bahkan aku juga turut sertakan pendapat dan pandangan Islam terhadap hukum zodiac nih.. dan walaupun drpd pembacaan tersebut, nyata zodiac adalah salah (sstgah fuqaha’ menegaskan bwh ianya haram) di sisi Islam krn zodiac atau astrology adalah ilmu y mengkaji pergerakan bintang bagi tujuan ramalan serta; mengaitkan dan mempercayai bhw bintang2 mempunyai pengaruh dan kuasa terhadap kehidupan manusia..
yup.. mmg haram, dan berdosa jika mempercayai terdapat kuasa lain selain Allah y menentukan hala tuju hidup kita ni; dan mempercayai kuasa dan pengaruh bintang terhadap kehidupan kita, adalah sama spt kita menolak atau tidak beriman kpd ketentuan Illahi dan qada’ qadar.. namun apa tujuannya aku beriya2 nak menulis mengenai zodiac aku di sini.. hmm..
spt y aku da terangkan sblum ini, niat aku adalah semata2 sbg satu bahan bacaan.. sblum ini aku mengetahui bhw “percaya kpd zodiac adalah haram..” dan pengetahuan aku terhenti sekadar itu shj.. so, knp tidak aku cuba cari dan kaji apakah sbb, apakah punca, atau berdasarkan apa hukum haram itu dijatuhkan kpd zodiac.. dan aku juga ingin mempelajari batas dan sempadan antara ilmu astrology dan astronomy agar aku tidak salah faham mengenai kepentingan ilmu angkasa ni..
spt sekarang nih, melalui pembacaan2 spt ini, aku dapat mengetahui:

  • perbezaan astronomy dan astrology;
  • pendapat Islam mengenai astronomy dan astrology;
  • apakah zodiac, dan perkaitan dgn astrology (atau/dan astronomy);
  • apa zodiac aku berdasarkan ilmu astrology barat, China dan India;
  • bagaimana penentuan zodiac bagi setiap tamadun dia atas;
  • istilah2 y diguna pakai oleh setiap ilmuan astrology dan astronomy ketiga2 tamadun di atas;
  • mitos; atau kisah disebalik asal usul zodiac;
  • drpd mitos, aku dpt mengetahui asal usul nama y di ambil serta maksud setiap nama tersebut;
  • konsep dan kepentingan matematik dlm pengajian ilmu angkasa;
  • mempercayai ramalan horoscope adalah haram di sisi agama, bahkan dianggap tidak praktikal oleh ilmuan astronomy krn ianya mengaitkan pergerakan objek2 (cth; zodiac) di angkasa dgn untung nasib seseorang..;
  • bahawa aku tidak sepatutnya mengkaji zodiac aku dr sudut astrology (ramalan horoscope), tetapi aku sepatutnya mengkaji dr sudut astronomy agar aku lebih peka dan berfikir ttg kekuasaan Yang Maha Menciptakan Sekalian alam nih..;


okeh.. dibawah ni merupakan index bgi entry y berkaitan ngan zodiac ni.. skadar niat utk memudahkan korang bagi merujuk tajuk2 y aku da pun postkan kat blog aku nih.. pandai2 korang la nak tgok camne..



bab
tajuk
i.

ii.



iii.
zodiac i.i

zodiac i.ii

zodiac i.iii

zodiac i.iv

zodiac i.v

zodiac i.vi

zodiac i.vii

zodiac i.viii

zodiac i.ix

zodiac i.x
iv.
zodiac ii.i

zodiac ii.ii

zodiac ii.iii

zodiac ii.iv

zodiac ii.v
v.
zodiac iii.i

zodiac iii.ii

zodiac iii.iii

zodiac iii.iv

zodiac iii.v
vi.






:::PERCIK::DAKWAT:::

zodiac ii.v : astronomy Arab

01 : al-Hamal (Aries)
02 : ath-Sawwar (Taurus)

03 : at-Tawa'man (Gemini)

04 : as-Sarattan (Cancer)

05 : al-Asad (Leo)

06 : al-'Azra' (Virgo)

07 : al-Mizan (Libra)

08 : al-'Aqrab (Scorpio)

09 : ar-Rami (Sagittarius)

10 : al-Jadee (Capricorn)

11: ad-Dalwa (Aquarius)

12 : al Huut (Pieces)

Arab mansion (star chart y dicipta oleh astronomers Arab
_________

- gambar adalah drpd buku astronomy terkenal iaitu "Suwarul-Kawakib", tulisan oleh As-Sufi
- "Encyclopedia of Arab Star Names in Ancient and Modern Astronomy", oleh Dr. Abdul-Rahim Bader.
- "Astronomy", oleh Prof. Hamid Al-Naimy

zodiac i.x : astrology.. dan Islam..


pengajian ilmu astrology.. dan hukum
ilmu astrology, atau dlm bahasa Arab dikenali dgn istilah ‘Ilm an-Nujum atau ‘Ilm al-Falak, kerapkali menjadi topic pendebatan oleh tokoh2 ilmuan Islam.. pada awalnya, ‘Ilm an-Nujum telah dirujuk sbg ilmu y merangkumi pengajian asronomy dan astrology.. kemudian, para ilmuan telah bersepakat utk memecahkan ilmu ini kepada dua cabang, serta memberikan definisi y spesifik utk membezakan kedua-dua ilmu ini..
‘Ilm an-Nujum (science of the stars) atau ‘Ilmu al-Falak (science of the celestial orbs), merujuk kepada bidang astrology, manakala ‘ilm al-hay’ah (science of the figure of the heavens) pula merujuk kepada pengajian astronomy.. kedua-dua bidang ilmu ini telah berakar rumbi daripada tamdun Arabian, Persian, Babylonian, Hellenistic and Indian traditions..
menurut hukum y telah disepakati, pengajian ilmu astronomy (‘ilm al-hay’ah) adalah dibenarkan (malah ada y berpendapat ianya merupakan fardhu kifayah), kerana pengetahuan dalam ilmu ini dpt membantu kita smua utk penentuan hari (dan bulan), penentuan arah solat, dan navigation.. mereka juga bersetuju bahawa pengetahuan ilmu ni member faedah y besar terhadap ibadah umat Islam, spt cth; penentuan hukum permualaan bulan Ramadhan..
manakala pengajian ilmu astrology pula adalah dianggap haram (oleh kebanyakan mazhab), keraan difahami bahawa pengetahuan ttg masa depan, atau untung nasib seseorang manusia itu adalah salah satu drpd perkara2 ghaib y hanya diketahui oleh Yang Maha Mengetahui.. memetik kata2 Dr. Husam al-Din Ibn Musa `Afana, seorang professor dlm bidang feqah di Al-Quds University, Palestine, berkata;
“pertamanya, adalah penting bagi kita utk mengetahui bahawa orang2 Arab telah pun menguasai ilmu astronomy sejak dari dulu lagi.. mereka ‘meramal’ atau menentukan penetapan masa melalui pemerhatian mereka terhadap pergerakan2 bintang.. menurut para ilmuan Syar’ie, terdapat dua istilah y selalu disalah erti oleh kebanyakan drpd kita apabila membicarakan ttg hal2 ini, iaitu astronomy dan astrology.. astronomy adalah satu pengajian  dan sains y melibatkan pengajian, pemerhatian dan pengetahuan mengenai pergerakan objek2 di angkasa lepas (celestial bodies), lalu menggunakan pengetahuan tersebut utk mengira serta menentukan masa, musim, penentuan arah solat dan sebagainya (melalui pengiraan matematik).. berbeza dgn astrology, y mengkaji kedudukan serta aspek2 objek di langit, lalu mengaitkannya dgn satu kepercayaan bahawa objek2 di langit ini mempunyai pengaruh dalam perjalanan kehidupan manusia di bumi.. mereka mempercayai bhw pergerakan bintang mempunyai pengaruh dlm kehidupan seharian manusia.. dan sbg org Islam, malah para pengkaji astronomy dan ilmuan agama menolak ilmu ramalan dlm bidang pengajian astrology..”
pendapat di atas mungkin sejajar dgn pendapat Iman ibn Taimiah y menegaskan bhw mengkaji dan mempercayai bhw setiap objek di langit atau angkasa lepas (planet2, bintang2) mempunyai perkaitan dan mempengaruhi kehidupan adalah salah dan haram di sisi al-Qur’an dan as-Sunnah.. bahkan Muhammad ibn al-Uthaymeen, mengaitkan astrology dgn sihir dan ramalan (fortune-telling) ianya berdasarkan tahyul, dan bukan fakta atau kebenaran..
selain tentangan para fuqaha terhadap astrology, para ilmuan astronomy Islam juga menentang kepentingan ilmu astrology utk dijadikan panduan hidup Muslim.. antara y lantang menolak astrology adalah al-Farabi, ibn al-Haytam dan, Abu Raihan al-Biruni.. alasan penolakan mereka adalah berdasarkan;
-          perbahasan saitifik (kaedah y diguna pakai dlm astrology selalunya conjectural (hipotesis, spekulasi, imaginasi) berbanding empirical (menyeluruh dr segi eksperimentasi, kajian, pemerhatian dan praktikal).. spt contoh; ibn Qayyim al-Jawziyya mempersoalkan secara praktikal mengenai pendapat astrology bhw planet member kesan dan pengaruh y besar terhadap bintang2 y jauh lebih besar dr planet dr segi saiz dan jisim.. (cth:) planet Marikh y dikatakan sbg rulling planet bg Antares.. bahkan al-Jawziyya juga menegaskan bhw galaksi Bima Sakti merupakan satu gugusan y mengandungi banyak (tidak terhitung jumlahnya) planet dan bintang2, dan adalah mustahil utk mengetahui kesan dan pengaruhnya terhadap kehidupan manusia di bumi..
-          perbahasan agama (ditolak oleh kebanyakan ilmuan agama spt para fuqaha’ dan tauhid)